Saturday, April 13, 2024
HomeBlogToyota siar gambar teaser, Camry generasi baharu?

Toyota siar gambar teaser, Camry generasi baharu?


Toyota siar gambar teaser, Camry generasi baharu?

Toyota USA telah menyiarkan satu gambar teaser yang datang dengan ayat “Apakah yang bakal tiba?”, sementara nama failnya pula tertulis “Satu Permulaan Baru.” Jadi, ia adalah teaser sebuah mannequin baru, tetapi sebenarnya apa?

Tidak banyak pentunjuk yang diberi, dan kita cuma dapat melihat bahagian hadapannya, yang mempunyai lampu siang LED, tetapi mengikut jangkaan, ia mungkin adalah gambar rasmi pertama Toyota Camry generasi baharu.

Camry XV70 yang ada sekarang membuat penampilan pertama semasa pameran NAIAS di Detroit pada tahun 2017, yang bermakna dalam masa beberapa bulan lagi, usianya bakal mencecah tujuh tahun. Itu adalah jangka hayat biasa bagi sebuah kereta moden, dengan sepanjang tempoh itu ia turut diberikan facelift untuk menjadikannya lebih segar.

Di Malaysia, sedan segmen D ini dilancarkan semasa pameran KLIMS pada November tahun 2018, dan seterusnya diberikan facelift pada Februari 2022.

Kita boleh menjangkakan Camry baru ini juga akan dibina atas platform TNGA (GA-Okay). Pilihan penggerak yang tersedia adalah termasuk hibrid 2.5L, plug-in hybrid 2.5L seperti RAV4 PHEV dan 2.4L turbi 281 PS/430 Nm. Enjin 2.4 liter itu telah mula digunakan pada mannequin Toyota yang besar, sebagai pengganti kepada enjin V6 3.5L yang mungkin tidak lagi dapat mematuhi peraturan emisi semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.





Supply hyperlink

RELATED ARTICLES

Most Popular